Thursday

i-Daftar


PROSEDUR PENDAFTARAN SECARA i-DAFTAR.

1. Bermula Semester Jun 2010 (1/2010/2011) bagi Pelajar Siswazah & Pasca Siswazah dan
Semester Mei 2010 (1/2010/2011) bagi Pelajar Tahun Asas, Pendaftaran Semester (Pelajar
Lama) akan dijalankan Secara Dalam Talian (Online)/i-Daftar melalui laman web UNISEL
(www.unisel.edu.my).
2. Pendaftaran i-Daftar boleh dilakukan di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet.
3. Tempoh Pendaftaran Semester (Pelajar Lama) adalah seperti berikut:
a) Pelajar Tahun Asas (25 – 29 Mei 2010) - 5 hari
b) Pelajar Siswazah & Pasca Siswazah (14 – 25 Jun 2010) - 11 hari
4. Maklumat berkaitan Yuran Pendaftaran Semester boleh diperolehi melalui laman web UNISEL dan STUDENT PORTAL (www.unisel.edu.my).
5. Pelajar dikehendaki menjelaskan Yuran Pendaftaran Semester dan yuran tertunggak sebelum
dibenarkan mendaftar (baki tunggakan tidak melebihi RM2,500). Sila rujuk STUDENT PORTAL atau Pejabat Kewangan untuk mendapatkan maklumat baki tunggakan.
6. Pelajar-pelajar yang berstatus berikut, sila hubungi talian 03 - 3289 8660 (Kampus UNISEL
Bestari Jaya) atau talian 03 – 5513 4958 (Kampus UNISEL Shah Alam), dari jam 8.30 am hingga 5.30 pm atau melalui e-mel: i_daftar@unisel.edu.my:-
a) Tidak aktif/tidak mendaftar pada semester sebelumnya (Tanpa Kebenaran) - (ABSENT/DORMANT);
b) Gantung Pengajian (SUSPEND);
c) Pelajar yang berstatus akademik ”Kedudukan Gagal” [FAIL (FS)/EXPELLED].

Untuk maklumat lanjut, sila layari website UNISEL.


No comments:

Post a Comment